Rabu, 26 Februari 2014

Manaqib Sayyid Muhammad A Maliki


Al-Muhaddits Prof. Dr. Al-Habib As-Sayyid
Muhammad ibn ‘Alawi Al-Maliki Al-Hasani
(1365 – 1425H (60 tahun) / 1946 – 2004M (58 tahun))


Pendahuluan
As-Sayyid Muhammad ibn ‘Alawi Al-Maliki adalah salah seorang ulama’ Islam
yang terutama desawarsa ini tanpa ragu lagi, ulamak yang paling dihormati dan dicintai
di kota suci Makkah.
Beliau merupakan keturunan Rasulullah j, penghulu Ahlil Bait, Imam Hadits di
zaman kita, pemimpin keempat-empat mazhab, ketua rohani yang paling berkaliber,
pendakwah ke jalan Allah, seorang yang tidak goyah dengan pegangannya di dunia ilmiah
Islam turath. Menzirahi beliau merupakan suatu kemestian kepada para ulama’ yang
menziarahi Makkah.

Keluarga
Keturunan Sayyid merupakan keturunan mulia yang bersambung secara langsung
dengan Junjungan kita Muhammad j sendiri. Beliau merupakan waris keluarga Al-Maliki
Al-Hasani di Makkah yang masyhur yang merupakan keturunan Rasulullah j, melalui cucu
Baginda j, Imam Al-Hasan ibn Ali .
Keluarga Maliki merupakan salah satu keluarga yang paling dihormati di Makkah dan
telah melahirkan alim ulama’ besar di Makkah, yang telah mengajar di Makkah berkurun
lama.
Lima orang dari keturunan Sayyid Muhammad , telah menjadi Imam Mazhab Maliki
di Haram Makkah. Datuk beliau, Al-Sayyid ‘Abbas Al-Maliki , merupakan Mufti dan
Qadhi Makkah dan khatib di Masjidil Haram. Beliau memegang jawatan ini ketika
pemerintahan Utsmaniyah serta Hashimiyah, dan seterusnya terus memegang jawatan
tersebut setelah Kerajaan Saudi diasaskan. Raja ‘Abdul ‘Aziz ibn Sa’ud sangat menghormati
beliau. Riwayat lanjut beliau boleh dirujuk pada kitab Nur An-Nibras fi Asanid Al-Jadd As-
Sayyid ‘Abbas oleh cucunya As-Sayyid Muhammad Al-Maliki .
Bapa beliau pula, As-Sayyid ‘Alawi Al-Maliki merupakan salah seorang ulama’
Makkah terunggul di abad yang lalu. Beliau telah mengajar pelbagai ilmu Islam turath di
Masjidil Haram selama hampir 40 tahun. Ratusan murid dari seluruh pelusuk dunia telah
mengambil faedah daripada beliau dari kuliah beliau di Masjidil Haram, dan ramai di
kalangan mereka telah memegang jawatan penting agama di negara masing-masing.
Malah, Raja Faisal tidak akan membuat apa-apa keputusan berkaitan Makkah
melainkan setelah meminta nasihat daripada As-Sayyid Alawi . Beliau telah meninggal
dunia pada tahun 1971 dan upacara pengebumiannya merupakan yang terbesar di Makkah
sejak seratus tahun. Dalam tempoh 3 hari daripada kematian beliau, Stesyen Radio Saudi
tempatan hanya menyiarkan bacaan Al-Quran, sesuatu yang tidak pernah dilakukan kecuali
hanya untuk beliau.
Maklumat lanjut tentang As-Sayyid ‘Alawi boleh dirujuk kepada biografinya
berjudul Safahat Musyriqah min Hayat Al-Imam As-Sayyid As-Syarif ‘Alawi ibn ‘Abbas Al-
Maliki oleh anaknya, yang juga merupakan adik kepada As-Sayyid Muhammad , As-
Sayyid ‘Abbas Al-Maliki, juga seorang ulama’, tetapi lebih dikenali dengan suara merdunya
dan pembaca Qasidah yang paling utama di ‘Arab Saudi. Biografi ini mengandungi tulisan
berkenaan As-Sayyid ‘Alawi dari ulama’ dari seluruh dunia Islam.
Keluarga Maliki juga telah melahirkan ramai lagi ulama’ lain, tetapi penulis hanya
menyebut bapa dan datuk kepada As-Sayyid Muhammad . Untuk maklumat lanjut, rujuk
tulisan-tulisan berkaitan sejarah Makkah dan ulama’nya di abad-abad mutakhir.

Kelahiran dan Pendidikan Awal
As-Sayyid Muhammad Al-Hasani ibn ‘Alawi ibn ‘Abbas ibn ‘Abdul ‘Aziz, dilahirkan
pada tahun 1946, di kota suci Makkah, dalam keluarga Al-Maliki Al-Hasani yang terkenal,
keluarga Sayyid yang melahirkan ulama’ tradisi. Beliau amat beruntung kerana memiliki
bapa seperti As-Sayyid ‘Alawi , seorang ulama’ paling berilmu di Makkah. Bapa beliau
merupakan guru pertama dan utama beliau, mengajar beliau secara peribadi di rumah dan
juga di Masjidil Haram, di mana beliau menghafal Al-Quran sejak kecil. Beliau belajar
dengan bapa beliau dan diizinkan untuk mengajar setiap kitab yang diajarkan oleh bapa
beliau kepada beliau.

Pendidikan Lanjut
Dengan arahan bapanya, beliau juga turut mempelajari dan mendalami pelbagai ilmu
turath Islam: ‘Aqidah, Tafsir, Hadits, Fiqh, Usul, Mustalah, Nahw dan lain-lain, di tangan
ulama’-ulama’ besar lain di Makkah serta Madinah. Kesemua mereka telah memberikan
ijazah penuh kepada beliau untuk mengajar ilmu-ilmu ini kepada orang lain.
Ketika berumur 15 tahun lagi, As-Sayyid Muhammad telah mengajar kitab-kitab
Hadits dan Fiqh di Masjidil Haram, kepada pelajar-pelajar lain, dengan arahan guru-gurunya.
Setelah mempelajari ilmu turath di tanah kelahirannya Makkah, beliau dihantar oleh bapanya
untuk menuntut di Universiti Al-Azhar As-Syarif. Beliau menerima ijazah PhD daripada Al-
Azhar ketika berusia 25 tahun, menjadikan beliau warga ‘Arab Saudi yang pertama dan
termuda menerima ijazah PhD dari Al-Azhar. Tesis beliau berkenaan Hadits telah dianggap
cemerlang dan menerima pujian yang tinggi dari ‘alim ulama’ unggul di Al-Azhar ketika itu,
seperti Imam Abu Zahrah .

Perjalanan Mencari Ilmu
Perjalanan menuntut ilmu merupakan jalan kebanyakan ulama’. As-Sayid Muhammad
turut tidak ketinggalan. Beliau bermusafir sejak usia muda untuk menuntut ilmu dari
mereka yang memiliki ilmu. Beliau telah bermusafir dengan banyak ke Afrika Utara, Mesir,
Syria, Turki, dan rantau Indo-Pak untuk belajar dari ‘alim-ulama’ yang hebat, bertemu para
Wali Allah, menziarahi masjid-masjid dan maqam-maqam, serta mengumpul manuskripmanuskrip
dan kitab.
Di setiap tempat ini, beliau menemui para ulama’ dan auliya’ yang agung, dan
mengambil faedah daripada mereka. Mereka juga turut tertarik dengan pelajar muda dari
Makkah ini dan memberi perhatian istimewa untuk beliau. Kebanyakan mereka telah pun
sangat menghormati bapa beliau yang ‘alim, dan merupakan satu kebanggaan memiliki anak
beliau sebagai murid.

Ijazah-ijazah
Sistem pengajian tradisi atau turath berasaskan kepada ijazah atau ‘keizinan untuk
menyampaikan ilmu’. Bukan semua orang boleh mengajar. Hanya mereka yang memiliki
ijazah yang diktiraf dari ‘alim-ulama’ yang terkenal sahaja yang boleh mengajar. Setiap
cabang pengetahuan dan setiap kitab Hadits, Fiqh, Tafsir dan lain-lain, mempunyai Sanadsanad,
atau rantaian riwayat yang bersambung sehingga kepada penyusun kitab tersebut
sendiri melalui anak-anak muridnya dan seterusnya anak-anak murid mereka. Banyak sanadsanad
yang penting, seperti sanad Al-Qur’an, Hadits dan Tasawwuf, bersambung sehingga
kepada Rasulullah j.
Sayyid Muhammad mendapat penghormatan dengan menjadi Syaikh dengan
bilangan ijazah terbanyak dalam waktunya. Beliau juga memiliki rantaian sanad terpendek
atau terdekat dengan datuknya, Nabi Muhammad j.
Di Tanah ‘Arab, tanah kelahirannya, dan dalam permusafiran ilmunya, As-Sayyid
Muhammad mendapat lebih dari 200 ijazah dari ‘alim-ulama’ teragung di zamannya, di
setiap cabang ilmu Islam. Ijazah beliau sendiri, yang beliau berikan kepada murid-muridnya
adalah antara yang paling berharga dan jarang di dunia, menghubungkan anak-anak muridnya
dengan sejumlah besar para ulama’ agung.
Para Masyaikh yang memberikan As-Sayyid Muhammad ijazah-ijazah mereka
merupakan ulama’ besar dari seluruh dunia Islam. Kita menyebutkan sebahagian mereka:
Dari Makkah:
1) Bapa beliau yang ‘alim dan guru beliau yang pertama, As-Sayyid ‘Alawi ibn ‘Abbas Al-
Maliki.
2) Syaikh Muhammad Yahya Aman Al-Makki.
3) Syaikh As-Sayyid Muhammad Al-‘Arabi Al-Tabbani.
4) Shaykh Hasan Sa‘id Al-Yamani.
5) Shaykh Hasan ibn Muhammad Al-Mashshat.
6) Syaikh Muhammad Nur Sayf.
7) Syaikh Muhammad Yasin Al-Fadani.
8) Aa-Sayyid Muhammad Amin Kutbi.
9) As-Sayyid Ishaq ibn Hashim ‘Azuz.
10) Habib Hasan ibn Muhammad Fad‘aq.
11) Habib Abd-al-Qadir ibn ‘Aydarus Al-Bar.
12) Syaikh Khalil ‘Abd. Al-Qadir Taybah.
13) Syaikh ‘Abd-Allah Al-Lahji.
Dari Madinah:
1) Syaikh Hasan Al-Sha‘ir, Syaikh Al-Qurra of Madinah.
2) Syaikh Diya-al-Din Ahmad Al-Qadiri.
3) As-Sayyid Ahmad Yasin Al-Khiyari.
4) Syaikh Muhammad Al-Mustafa Al-‘Alawi Al-Shinqiti.
5) Syaikh Ibrahim Al-Khatani Al-Bukhari.
6) Syaikh ‘Abd-al-Ghafur Al-Abbasi Al-Naqshbandi.
Dari Hadramawt dan Yaman:
1) Al-Habib ‘Umar ibn Ahmad ibn Sumait, Imam Besar Hadramaut.
2) Syaikh As-Sayyid Muhammad Zabarah, Mufti Yaman.
3) Syaikh As-Sayyid Ibrahim bin Aqeel Al-Ba-Alawi, Mufti Ta‘iz.
4) Al-Imam As-Sayyid ‘Ali ibn ‘Abd-al-Rahman Al-Habsyi.
5) Al-Habib ‘Alawi ibn ‘Abd-Allah ibn Shihab.
6) As-Sayyid Hasan bin Abd-al-Bari Al-Ahdal.
7) Syaikh Fadhl ibn Muhammad Ba-Fadhal.
8) Al-Habib ‘Abd-Allah ibn ‘Alawi Al-Attas.
9) Al-Habib Muhammad ibn Salim bin Hafiz.
10) Al-Habib Ahmad Mashhur Al-Haddad.
11) Al-Habib ‘Abd-al-Qadir Al-Saqqaf.
Dari Syria:
1) Syaikh Abu-al-Yasar ibn Abidin, Mufti Syria.
2) Syaikh As-Sayyid Al-Sharif Muhammad Al-Makki Al-Kattani, Mufti Maliki .
3) Syaikh Muhammad As‘ad Al-Abaji, Mufti Syafi‘i.
4) Syaikh As-Sayyid Muhammad Salih Al-Farfur.
5) Syaikh Hasan Habannakah Al-Maydani.
6) Syaikh ‘Abd-al-Aziz ‘Uyun Al-Sud Al-Himsi.
7) Syaikh Muhammad Sa‘id al-Idlabi al-Rifa‘i.
Dari Mesir:
1) Syaikh As-Sayyid Muhammad al-Hafiz al-Tijani, Imam Hadith di Mesir.
2) Syaikh Hasanain Muhammad Makhluf, Mufti Mesir.
3) Syaikh Solih Al-Ja‘fari, Imam Masjid Al-Azhar.
4) Syaikh Amin Mahmud Khattab Al-Subki.
5) Syaikh Muhammad al-‘Aquri.
6) Syaikh Hasan al-‘Adawi.
7) Syaikh As-Sayyid Muhammad Abu-al-‘Uyun al-Khalwati.
8) Syaikh Dr. ‘Abd-al-Halim Mahmud, Syeihkul Azhar.
Dari Afrika Utara (Maghribi, Algeria, Libya dan Tunisia):
1) Syaikh As-Sayyid As-Sharif Abd-al-Kabir al-Saqali al-Mahi.
2) Syaikh As-Sayyid ‘Abd-Allah bin Al-Siddiq Al-Ghumari, Imam Hadits
3) Syaikh As-Sayyid ‘Abd-al-‘Aziz ibn Al-Siddiq al-Ghumari.
4) As-Syarif Idris al-Sanusi, Raja Libya.
5) Syaikh Muhammad At-Tahir ibn ‘Ashur, Imam Zaytunah, Tunis.
6) Syaikh al-Tayyib Al-Muhaji al-Jaza’iri.
7) Syaikh Al-Faruqi Al-Rahhali Al-Marrakashi.
8) Syaikh As-Sayyid As-Sharif Muhammad al-Muntasir al-Kattani.
Dari Sudan:
1) Syaikh Yusuf Hamad An-Nil
2) Syaikh Muddassir Ibrahim
3) Syaikh Ibrahim Abu-an-Nur
4) Syaikh At-Tayyib Abu-Qinayah
Dari Rantau Indo-Pak:
1) Syaikh Abu-al-Wafa al-Afghani Al-Hanafi.
2) Syaikh ‘Abd-al-Mu‘id Khan Hyderabadi.
3) Al-Imam Al-’Arif Billah Mustafa Rida Khan al-Barelawi, Mufti India.
4) Mufti Muhammad Shafi’ Al-Deobandi, Mufti Pakistan.
5) Mawlana Muhammad Zakariyya Al-Kandahlawi, Imam Hadits.
6) Mawlana Zafar Ahmad Thanawi.
7) Syaikh Al-Muhaddits Habib Al-Rahman Al-‘Azami.
8) Sayyid Abu Al-Hasan ‘Ali An-Nadawi.
Senarai ini hanya merupakan ulama’ masyhur yang Syaikh kita telah mendapat ijazah
darinya, dan di sana terdapat ramai lagi yang tidak disebutkan. Pada As-Sayyid Muhammad
‘Alawi , seseorang akan mendapati nilai terbaik dari para Masyaikh ini dalam pelbagai
latarbelakang dan pengkhususan.

Karier Mengajar
Kalimah karier sebenarnya mungkin tidak sesuai untuk digunakan untuk
menggambarkan aktiviti mengajar As-Sayyid Muhammad , kerana kalimah ini amat hampir
kaitannya dengan keuntungan material. Sementara beliau, seperti mana Masyaikh tradisi yang
lain, juga seperti keturunannya sebelum beliau, mengajar hanya kerana Allah dan tidak
mengharapkan keuntungan material langsung.
Malahan, beliau menempatkan sejumlah besar pelajar di rumahnya sendiri,
menyediakan untuk mereka makan minum, penginapan, pakaian, kitab-kitab serta segala
keperluan mereka. Sebagai balasan, mereka hanya diminta mengikuti peraturan dan etika
penuntut ilmu agama yang suci. Pelajar-pelajar ini biasanya menetap bersama beliau
bertahun-tahun lamanya, mempelajari pelbagai cabang ilmu Islam, dan seterusnya kembali ke
negeri masing-masing. Ratusan dari para pelajar telah menuntut di kaki beliau dan telah
menjadi pelopor pengetahuan Islam dan kerohanian di negara mereka, terutamanya di
Indonesia, Malaysia, Mesir, Yaman dan Dubai.
Bagaimanapun apabila pulang dari Al-Azhar, beliau dilantik sebagai Profesor
Pengajian Islam di Universiti Ummul Qura di Makkah, yang mana beliau telah mengajar
sejak tahun 1970.
Pada tahun 1971, sebaik bapanya meninggal dunia, para ulama’ Makkah meminta
beliau untuk menggantikan tempat bapanya sebagai guru di Masjidil Haram. Beliau
menerimanya, lantas menduduki kedudukan yang telah diduduki oleh keluarganya lebih dari
seabad. Beliau juga kadang kala mengajar di Masjid Nabi di Madinah. Kuliah pengajian
beliau merupakan kuliah yang paling ramai dihadiri di kedua-dua Tanah Haram.
Bagaimanapun pada awal tahun 80-an, beliau telah mengosongkan kedudukan
mengajarnya di Universiti Ummul Qura juga kerusi warisannya di Masjidil Haram,
memandangkan fatwa dari sebahagian ulama’ fanatik fahaman Wahhabi, yang menganggap
kewujudannya sebagai ancaman kepada ideologi dan kekuasaan mereka.
Sejak itu, beliau mengajar kitab-kitab agung Hadits, Fiqh, Tafsir dan tasawwuf di
rumah dan masjidnya di Jalan Al-Maliki di Daerah Rusayfah, Makkah. Kuliah-kuliah
umumnya antara waktu Maghrib dan Isyak dihadiri tidak kurang daripada 500 orang setiap
hari. Ramai pelajarnya daripada Universiti menghadiri pengajiannya di waktu malam.
Sehingga malam sebelum beliau meninggal dunia, majlisnya dipenuhi penuntut.
Sayyid Muhammad ‘Alawi Al-Maliki amat dihormati oleh Kerajaan ‘Arab Saudi
dan selalu diminta nasihat dari Raja sendiri dalam urusan-urusan yang penting. Beliau juga
dilantik sebagai ketua juri dalam Musabaqah Al-Qur’an antarabangsa di Makkah selama tiga
tahun berturut-turut.
Tulisan Beliau
Sayyid Muhammad merupakan seorang penulis yang hebat dan telah menghasilkan
hampir seratus buah kitab. Beliau telah menulis dalam pelbagai topik agama, undang-undang,
sosial serta sejarah, dan kebanyakan bukunya dianggap sebagai rujukan utama dan perintis
kepada topik yang dibicarakan dan dicadangkan sebagai buku teks di Institusi-institusi Islam
di seluruh dunia.

Aktiviti lain
As-Sayyid Muhammad merupakan seorang pembimbing kepada ajaran dan
kerohanian Islam yang sebenar dan telah bermusafir ke serata Asia, Afrika, Eropah dan
Amerika, menyeru manusia ke arah kalimah Allah dan Rasul
terakhir-Nya Muhammad J.
Di Asia Tenggara khasnya, As-Sayyid Muhammad secara peribadi telah
mengasaskan dan membiayai lebih 70 buah Sekolah Islam untuk melawan aktiviti dakyah
Kristian. Sejumlah besar penganut Kristian dan Budha telah memeluk Islam di tangannya
hanya setelah melihat Nur Muhammad yang bersinar di wajahnya.
Ke mana sahaja beliau pergi, para pemimpin, ulama’ dan masyarakat di tempat
tersebut akan menyambutnya dengan penuh meriah. Beliau seringkali memberi ceramah
kepada ratusan ribu manusia.
Beliau amat disayangi dan dicintai oleh Muslimin di seluruh dunia, bukan sahaja
kerana beliau keturunan Rasulullah J, tetapi juga kerana ilmunya yang luas, hikmahnya,
akhlak serta watak rohaninya. Beliau juga amat terkenal amat pemurah dengan ilmu,
kekayaan dan masanya.
Pendekatan
As-Sayyid Muhammad mengikuti dan menyelusuri tradisi arus utama dan majoriti
Islam, jalan Ahlu Sunnah wal Jama’ah, jalan toleransi dan sederhana, pengetahuan dan
kerohanian, serta kesatuan dalam kepelbagaian.
Beliau percaya kepada prinsip berpegang dengan empat mazhab yang masyhur, tetapi
tanpa fanatik. Beliau mengajar rasa hormat kepada ulama’ dan Auliya’ agung
yang lepas.
Beliau menentang sikap sewenang-wenangnya mengatakan Muslim lain sebagai Kafir
dan Musyrik, yang telah menjadi tanda dan sifat utama sebahagian fahaman hari ini.
Beliau amat menentang dan kritis terhadap mereka yang digelar reformis (Islah) abad
ke-20 yang dengan mudah ingin menghapuskan Islam generasi terdahulu menggunakan nama
Islam yang suci.
Beliau juga memahami bahawa mencela kesemua Asy’ari, atau kesemua Hanafi,
Syafi’i dan Maliki, kesemua sufi, seperti mana yang dilakukan oleh sebahagian fahaman
hari ini adalah sama dengan mencela keseluruhan Ummah Islam ribuan tahun yang lampau.
Ia hanya merupakan sifat dan pendekatan musuh Islam, dan bukannya rakan.
Sayyid Muhammad juga amat mempercayai bahawa ulama’ –ulama’ Mazhab yang
agung - mengikuti Sunni-Sufi - sejak beratus tahun yang lalu, adalah penghubung kita
kepada Al-Quran dan As-sunnah, dan bukanlah penghalang antara keduanya dengan kita,
seperti yang dipercayai sesetengah pihak.
Kefahaman yang benar berkenaan Al-Quran dan Sunnah ialah kefahaman yang
berasaskan tafsiran para ulama’ agung Islam, dan bukan dengan sangkaan para ekstrimis
zaman moden ini yang tidak berfikir dua kali sebelum mencela majoriti Muslim di seluruh
dunia. Sayyid Muhammad juga berpendapat majoriti ummah ini adalah baik. Kumpulankumpulan
minoriti yang fanatiklah yang perlu mengkaji semula fahaman ekstrim mereka.
Sayyid Muhammad merupakan pendukung sebenar Sufi yang berasaskan Syariah,
Sufi para Awliya’ agung dan solehin ummah ini. Beliau sendiri merupakan mahaguru
kerohanian di tingkat yang tertinggi, berhubungan dengan kebanyakan peraturan kerohanian
Islam, melalui para Masyaikh Toriqah yang agung.
Beliau turut mempercayai bahawa membaca Zikir, samaada secara bersendirian atau
berkumpulan, adalah bahagian penting dalam kerohanian seseorang. Semua pelajarnya
dimestikan bertahajjud dan membaca wirid pagi dan petang.
Sayyid Muhammad juga beranggapan, ummat Islam perlu menggunakan segala
hasil yang ada untuk meningkatkan taraf ummah mereka dari sudut kerohanian, masyarakat
dan juga material, dan tidak membuang masa yang berharga dengan berbalah pada perkaraperkara
kecil. Beliau percaya Muslim tidak seharusnya mencela satu sama lain dalam perkara
yang telah diselisihkan oleh para ulama’. Mereka sebaliknya perlu berganding bahu
bersama untuk memerangi apa yang telah disepekati sebagai kejahatan dan dosa.
Pandangan dan pendirian Sayyid Muhammad ini digambarkan dalam tulisannya
yang terkenal, Mafahim Yajib An Tusohhah (Kefahaman Yang Perlu Diperbetulkan), sebuah
buku yang mendapat penghargaan meluas di seluruh dunia Islam dan diiktiraf tinggi di
lingkaran para ulama’.


Penutup
Tidak diragui lagi, kehadiran Sayyid Muhammad ‘Alawi merupakan rahmat buat
ummah ini. Beliau merupakan waris kepada kekasih kita Nabi Muhammad J dari sudut
darah daging serta kerohanian. Masyarakat Makkah dan Madinah teramat mencintai beliau
seperti mana dilihat pada solat jenazah beliau.
Siapa sahaja yang pernah menemui beliau jatuh cinta dengan beliau. Rumahnya di
kota suci Makkah sentiasa terbuka sepanjang tahun untuk ulama’ dan para penuntut yang
menziarahi, ribuan orang yang menuju kepadanya. Beliau juga tidak kenal erti takut dalam
berkata yang benar dan telah mengalami detik-detik kepayahan kerana
kebenaran. Walau bagaimanapun pertolongan Allah kelihatan sentiasa bersama dengannya.
Maklumat lanjut kehidupan dan pencapaiannya boleh dirujuk biografinya yang hebat
bertajuk, Al-Maliki ‘Alim Hijjaz, karangan penulis dan sejarahwan terkenal Makkah, Dr
Zuhayr Kutbi.

Pemergiannya
Beliau telah meninggalkan kita pada hari Juma’at, 15 Ramadhan 1425H / 29 Oktober
2004M (bersesuaian dengan doanya untuk meninggal dunia pada bulan Ramadhan), dalam
keadaan berpuasa di rumahnya di Makkah. Kematiannya amat mengejutkan.
Benar.. Ia adalah satu kehilangan yang besar.. Ucapan takziah diucapkan dari seluruh
dunia Islam. Solat jenazah beliau dilakukan di seluruh pelusuk dunia.
Beliau telah pergi pada bulan Ramadhan dan pada hari Jumaat.
Solat jenazah pertama di rumah beliau diimamkan oleh adiknya As-Sayyid ‘Abbas,
dan seterusnya di Masjidil Haram dengan Imam Subayl… Ratusan ribu manusia membanjiri
upacara pengebumiannya. Semua orang menangis dan sangat bersedih… Allahu Akbar…
Betapa hebatnya beliau… betapa besarnya kehilangan ini… Betapa ramainya yang
menyembahyangkannya… Beliau yang amat dicintai oleh masyarakat… seorang ulama’ yang
berkaliber dan berpengetahuan serta berhikmah…
Terdapat sekurang-kurangnya 500 orang tentera diperintah oleh kerajaan ‘Arab Saudi
di perkuburan Ma’ala untuk mengawal ribuan orang yang menangisinya. Kerabat diraja juga
turut hadir. Para manusia menempikkan Kalimah dengan kuat sepanjang pengebumian beliau,
memenuhi Makkah dari Masjidil Haram sehingga ke tanah perkuburan.
Beliau disemadikan di sebelah bapanya, berhampiran maqam nendanya Sayyidah
Khadijah . Sebelum beliau meninggal dunia, beliau ada menghubungi seorang
pelajar lamanya di Indonesia melalui telefon dan bertanyanya adakah dia akan datang ke
Makkah pada bulan Ramadhan. Apabila dia menjawab tidak, Sayyid Muhammad bertanya
pula, “tidakkah engkau mahu menghadiri pengebumianku?”
Tepat sekali, beliau pergi pada bulan Ramadhan di pagi Juma’at… apakah lagi bukti
yang diperlukan menunjukkan penerimaan Allah?! Makkah menangisi pemergiannya…
Seluruh dunia Islam menangisi kehilangannya. Semoga Allah menganugerahkan beliau
tempat yang tertinggi di Jannah, bersama-sama kekasihnya dan datuknya Rasulullah J.
Amiin.

Sumber dari Blog Dunia Alawiyyin:
http://alhaddads77.multiply.com/journal/item/22/Sayyid_Muhammad_bin_Alawi_bi
n_Abbas_Al-Maliki_Al-Hassani (Dan sedikit gubahan)